di mana ada air di situ ada kehidupan
begitulah bunyinya ungkapan yang mana ia sebenarnya juga satu ayat yang digali dari kitab suci Al Quran. Air sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Kita boleh minum, basuh baju, main pistol air dan untuk memadamkan kebakaran. Saya suka air. Ada beberapa kenangan saya dengan air. Tiap hari saya mandi dengan menggunakan air. Air dicincang takkan putus. Peribahasa ini menggambarkan betapa eratnya hubungan antara adik-beradik sehingga tidak boleh dipisahkan. Betulkah adik-beradik tidak boleh dipisahkan?
Ramai manusia yang dipanggil balak atau boyfriend atau teman lelaki atau kekasih suka untuk membuang air mani mereka ke dalam rahim wanita. Jika proses persenyawaan antara sperma dan telur berlaku, akan terbentuklah beberapa orang adik-beradik dari satu sumber tabung air mani. Malangnya ibu-ibu bapak-bapak sekalian, adik-beradik ini selalunya terpisah kerana proses pengguguran apabila si pemilik rahim tak sanggup membebankan diri dan tanggungjawab serta malu pula untuk melahirkan zuriat yang dilabelkan haram. Hal ini menunjukkan betapa air mani sebagai agen tunggal pembentukan adik-beradik telah menidakkan peribahasa air dicincang takkan putus.
Saya tak putus-putus mencaruti kolej kerana kelewatan pembaikpulihan paip utama. Apakejadahnya saya terpaksa menggalas beg yang berisi tuala mandi, sabun, berus gigi, ubat gigi dan syampu ke kolej sebelah.
Sempena bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan di awalnya, pengampunan di tengahnya dan pembebasan dari api neraka di akhirnya. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dengan solat, sedekah dan membasahi lidah dengan zikrullah. Janganlah kita membatalkan puasa dengan cara yang difokuskan oleh khatib pada hari Jumaat lalu di Masjid Universiti. Katanya "jangan tengok video lucah sampai keluar air mani". Khatib itu sendiri macam malu-malu dengan apa yang disebutnya. Agaknya dia seorang pemalu. Orang yang malu ialah orang yang beriman kerana malu itu sebahagian daripada iman.
Ketika saya menulis pos ini, ada bunyi mesin di luar bilik, bunyinya macam mesin gergaji untuk menebang pohon nyiur. Semakin kuat bunyinya saya rasa makin lapar.
Hari ini hari Selasa, buka puasa lebih kurang pukul 7.25 malam.
Yang baik jadikan teladan, yang tidak baik andalah yang berfikiran negatif kerana setiap baris tulisan saya semuanya mengajak kepada kebaikan.
7 retorik berapi-api:
semoga mendapat air cepat~
best bace blog ko!
hahaha.palo..yg part balak buang air mani lam rahim tuh bes.hahaha
so, nnti ko g kt kdo nyer pjabat ko claim r duet..ckp r..duet air da byr..tp ader beberapa ari terputus..so nk claim duet.sbb xdpt gne air arituh.hahaha
terasa sedikit geli dan nak muntah membacanya. mungkin saya seorang yang pemalu :)
ko kan mak kucing.
tu yang pemalu tu.hik3
lame xupdate blog?
hey,follow mine yea !
aku teringat kata-kata pujangga pengetua star. radzi jabar..muka beliau agak tiada berperasaan..bercerita di perhimpunan pagi..
semua pelajar dalam mood "ngantok"
"anak-anak ikan sekalian! save the water"
ayat ni buat semua terjaga..dan masih terngiang2 di telinga ku..
bodoh..haha~
Catat Ulasan