aku baru lepas beli juadah berbuka puasa. nasib baik aku puasa, kalau tak, tak boleh raya. nasib seseorang bila dah meningkat dewasa berubah setiap kali raya tiba. kalau dulu aku excited gila nak raya, sekarang aku rasa raya tu hanyalah satu hari selepas puasa sebulan yang mana ramai saudara mara bertandang ke rumah, bertanya khabar, makan kuih raya, kalau kat kampung makan lemang dengan rendang ayam. keadaan sehari sebelum raya dalam hidup aku sama sahaja. berdekatan dengan rumah uwan aku ada jalan raya kecil (simpang) ke kampung sebelah. di situlah ramai peniaga daging lembu dan ayam akan mula menghidupkan suasana menjelang lebaran dengan tak tidur-tidur melapah segala macam tulang-temulang dan daging untuk dijual kepada rakyat. rakyat akan membeli daging ini untuk tujuan dibuat rendang, sup atau segala macam yang sesuai untuk dijadikan hidangan di hari raya. dengan ini saya berharap kes kepala lembu tidak terjadi lagi di mana-mana bahagian Persekutuan.
tadi, sebelum aku pergi ke kafe kolej untuk membeli sebekas makanan, isinya nasi putih (warna kuning sedikit sebab paip besi UKM berkarat dari tahun 1970-an tak ditukar), ayam goreng keras jengkih (dalam loghat Negeri Sembilannya disebut kogheh jongkeh), kuah percik yang nampak menggiurkan selera, sayur bayam sup (aku tak pasti hukum DM yang aku guna betul ke tidak) dan sebungkus Nescafe ais (bila dibungkus bentuknya gemuk kecil mungil, berpeluh-peluh) lazat dan nikmatnya tak tercapaikan dek akal yang biasa-biasa sahaja. apa yang aku nak cakap sebenarnya tadi aku mimpi mengarut, mencarut dan melalaikan. aku tidur dekat nak pukul lima, lepas tu aku terbangun pukul 5.55 petang, disebabkan mimpi aku sejam tadi macam best, aku pun sambung tidur, syukurlah mimpi merapu tu bersambung. Ya Allah! betapa besarnya nikmatmu.
Allah SWT telah mengurniakan kita dengan segala jenis nikmat di dunia ini. Siapa yang bersyukur, akan bertambah-tambahlah nikmat itu, siapa yang tidak bersyukur malah lalai pula. "Azabku amatlah pedih" firman Allah SWT.
aku mimpi nak pergi berbuka dengan kawan-kawan di luar tapi yang jadi ialah kami hanya berbuka di tepi bangunan Canselori, UKM. kemudian, aku keluar dari UKM dengan menaiki kereta, sesampainya di luar saya mula merakamkan beberapa gambar layang-layang yang terbang tinggi, secara tak sengaja, selipar saya sebelah kiri jatuh dalam longkang besar. Airnya deras, aku mula gelabah sebab selipar tu macam nyawa aku juga. kalau tak ada, hidup aku tak bermakna. akhirnya, aku dapat juga selipar tu setelah ia tersangkut di bawah jambatan bersama dengan selipar-selipar lain. selipar aku dah diselaputi lumpur dan sampah-sarap.
semasa aku ke masjid jame' bandaraya jumaat minggu lepas, hujan baru sahaja berhenti daripada jatuh membasahi lantai kota raya Kuala Lumpur. apa yang menarik perhatian ku ialah betapa deras nya air sungai klang atau sungai gombak aku tak pasti mengalir selepas hujan. airnya yang coklat pekat membawa sekali sampah sarap seperti bungkusan plastik, botol, daun-daun dan tak ketinggalan bola jaring.
mimpi ku tersambung dengan babak aku bersembunyi di dalam sebuah bangsal yang daif bersama ramai orang lain kerana diburu Unit Simpanan Persekutuan atau lebih mesra dipanggil FRU, Federal Reserve Unit. apakejadahnya aku mimpi begitu sekali. namun, aku rasa lebih bermaruah mimpi dikejar oleh FRU daripada dikejar pak guard.
ketika suasana cemas memuncak, aku berdebar bagaikan dikejar penolong kanan HEM sekolah kerana fly di Taman Cempaka, Ipoh. aku terjaga, bermimpi rupanya ingatkan betul-betul...
saranan saya kepada anda semua, jangan tidur selepas masuk waktu Asar, lebih baik anda melakukan kegiatan yang lebih bermanfaat dan lebih terisi dengan sesuatu yang meninggalkan pengalaman berharga. antaranya ialah bersyair dan bersajak merdeka di hentian bas depan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.

3 retorik berapi-api:
palo..
selipar yang jatuh itu adakah berwarna hijau terang itu??
memang comel lagi mungil la tersarung kat kaki kau
haah warna hijau tu,,
mesti ak jln kat fakulti,
bnde pertama org nampak selipar aku.huh
wooo... Palo... apehal mimpi ko 2 pelik sgt???
Catat Ulasan