hujan disember masih belum henti. sebuah lori pikap baru sahaja bergerak perlahan-lahan meninggalkan halaman rumah Fernando dengan tayar nya yang comot dilekati lumpur. kerusi-kerusi plastik 5 tingkat tersusun di bawah pokok rambutan jantan. seorang lelaki umur lewat 60-an gah mencerut Pall Mall Light sambil mata nya terkebil-kebil melihat beberapa orang mak cik melintasi pepaleh (khemah) bersama sebilah pisau tergenggam kemas.
makcik-mak cik ni bukan manusia yang kerek
"duduk jo ko?" "tak, ni hah nunggu si imam, janji eh lopeh zohor datang nak nyemolih" "oh, dio ado anak eh balik gak eh tu, leko mo cucu eh lah gak eh" "haa, agak eh lah tu"
bersama lelaki umur lewat 60-an ada seorang lagi lelaki umur 40-an bermisai lebat tapi janggut sedikit pun tiada. jadi, dia ini ialah belia 4B ( Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat ) di Kampung Ulu Jelebu. dari tadi tak habis-habis berdiskusi dan seketika melamun tentang relevannya pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik, PPSMI. daripada isu PPSMI buah perbualan beralih kepada topik kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) atau Internal Security Act (ISA).
orang tua ini agak cauvinis.
sifat cinta akan bangsa tinggi melangit, tahap dewata. dia parti UMNO PEKAT. kalau ditoreh tangan nya, keluar lambang UMNO. mana tak nya, dia dari zaman Tunku dah masuk UMNO, yuran setiap bulan RM 3.00 gerenti bayar, mesyuarat tak pernah tak datang, rombongan naik bas cuti sekolah pergi Kota Bharu tak pernah tak pergi, masa kempen pilihan raya tak pernah tak lepas ikut bontot calon, siap dengan bendera terpacak dekat bahu.
orang muda ini mendapat pendidikan yang berjaya mendidik.
dia sedar apa makna demokrasi berparlimen. demokrasi ialah pemerintahan oleh rakyat, "governs by the people" dan berparlimen itu bermaksud ada nya Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai pentas untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat rakyat. demokrasi jenis kita ini ialah demokrasi pilih satu orang untuk jadi wakil kepada kita. kalau dia tak buat kerja, kita mati sia-sia.
jadi, orang tua ini ada pendapat bahawa PPSMI dan AKDN perlu diteruskan. orang muda pula sebalik nya.
ada lagi seorang budak umur 18 tahun yang duduk melangut bersama mereka berdua. dia salah seorang mangsa PPSMI. belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. disebabkan dah mendengar dua orang dewasa ini berbual tentang PPSMI, dia juga menetapkan pendirian bahawa PPSMI perlu diteruskan kerana dia sudah pun berjaya melepasi nya dan tidak mengesankan pembelajarannya dari aspek negatif. dia belajar di sekolah kawasan bandar. ibu bapa nya tiap hari lidah tergeliat cakap bahasa Inggeris. dalam hati nya, dia berceloteh, menjerit-jerit, "aku boleh je lepas, belajar dalam bahasa inggeris, kenapa orang lain tak boleh?"
Dr. Mahathir cakap, "Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa". yang ini bukan Dr. Mahathir yang cakap,"Bahasa Jiwa Bangsa", tiada jiwa matilah bangsa. dalam filem Seniman Bujang Lapok, P.Ramlee cakap, "bahasa menunjukkan bangsa"
Bagi saya, PPSMI akan menyebabkan yang pandai semakin pandai, yang jahil semakin jahil.
PPSMI tak ubah macam perangai kapitalis.
Rujukan:
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/tuanku-sembah-bahasa.html
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-terjawab.html
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/ppsmi-sekolah-kebangsaan-lubuk-anak.html

2 retorik berapi-api:
menarik~
palo palo.ko mmg bersemangat bab ni.haha.
Catat Ulasan