hari ini sudah masuk lima hari Gonzalez tidak berpuasa wajib di bulan Ramadhan. Bukan lah kerana namanya Gonzalez makanya dia tiada berpuasa menahan lapar dan dahaga serta perkara lain yang membatalkan puasa. Ia tidak dapat tidak hanyalah kerana Gonzalez sengaja tidak berpuasa walaupun pada kad pengenalannnya (myKad) tertera perkataan Islam. Gonzalez sering sahaja berlakon dihadapan khalayak dan rakan-rakan terdekatnya bahawa dia sedang keletihan, kehausan dan kelaparan kerana berpuasa.
hari ini Gonzalez bercadang untuk makan tengah hari di Warung Pak Seman seorang bekas guru bahasa Perancis. Pak Seman ialah seorang bekas guru bahasa Perancis di sebuah sekolah berasrama penuh yang mana semua pelajarnya pondan. Oleh kerana tidak tahan dengan pondan-pondan yang terdapat di sekolah nya, Pak Seman rela dalam terpaksa untuk bersara daripada jawatannya sebagai guru bahasa Perancis. Kerelaan Pak Seman ini juga terdorong oleh kerana pencapaian pelajar-pelajarnya dalam peperiksaan bahasa Perancis, diplome etudes d'langue francaise (DELF) yang amat mengecewakan. "conjugat le verb etre?", kata Monsieur Seman, tapi tidak seorang pun daripada pondan tersebut dapat menjawab pertanyaan Monsieur Seman dengan tepat. Yang pelajar pondan itu tahu hanya ingin keluar awal dari kelas Monsieur Seman untuk pergi berlari-lari anak ke kantin membeli "nasi goreng sutun" masakan Tekcho. tekcho ialah gadis awal 20-an yang bekerja sebagai buruh masakan di kantin sekolah tersebut. Dia seorang yang "hot" dan pakaian nya "up to date" serta "ngetop". Pernah menjadi model sambilan untuk sebuah syarikat gergasi "lingerie" di Menglembu, Perak Darul Ridzuan.
Gonzalez pernah terkantoi makan maggi dalam bilik kebal sekolah nya. Sejak dari pagi hari Gonzalez memicit-micit dan mngurut-ngurut perut nya oleh kerana terlalu lapar. Maklumlah, Gonzalez bukannya bersahur pun walaupun pak guard dah datang ke setiap kamar asrama untuk mengejutkan seluruh penghuni untuk mengambil berkat sahur. Waktu itu kelas biologi, setiap orang perlu membawa apa sahaja jenis makanan ke makmal biologi untuk "lab experiment". Eksperimen tentang jumlah tenaga dalam makanan ialah objektif kelas tersebut. Ini merupakan eksperimen yang entah ke berapa untuk kelas biologi. Apabila mereka bereksperimen, tak pernah menjadi seperti apa yang termaktub dalam buku teks sekolah. Apabila hasil yang didapati lain daripada apa yang tertera dalam buku, guru biologi akan bertitah dia atas takhta singgahsana nya , "eksperimen awak gagal!!". Mengapa ini perlu terjadi? kenapakah perlu terus eksperimen ini disabitkan dengan kegagalan? bukankah kita perlu berfikiran bahawa satu penemuan baharu telah bangkit daripada gebar sejarah peradaban manusia? Gonzalez sendiri pening-pening lalat dengan guru biologi nya. Hari eksperimen tersebut Gonzalez secara tidak sengaja membawa dua bungkus Maggi perisa kari yang dibelinya di Kafeteria Rousselee. Satu bungkus sudah selamat untuk eksperimen biologi, satu bungkus lagi masih berada dalam beg nya. Hati nya terdetik " maggi ni tak kan aku nak makan malam ni?, perut dah ar macam puting beliung memulas-mulas, makan dah ar, puasa tahun depan ada lagi" maka Gonzalez pun curi-curi keluar dari kelas walaupun masa berbaki 26 minit sahaja lagi. Dia meloloskan diri ketika pelajar lain berebut-rebut ke bahagian hadapan kelas untuk melihat uji kaji oleh guru biologi. " hangpa mai tengok kat sini meh, saya punya eksperimen confirm-confirm boleh jadi, kalau tak jadi saya letak jawatan cikgu biologi".
Langkah Gonzalez laju macam LRT dari KL Sentral ke Pasar Seni. Berdesup, sekejap sahaja dah tegak berdiri depan bilik kebal sekolah. Maggi 80 sen nya membonjol dalam poket hadapan seluar. Nafasnya "huh hah huhhah!!!" tercungap-cungap macam orang kena kejar hantu. lantas satu lompatan saujana dilakukan, Gonzalez bercadang untuk membatalakan puasa nya dengan cara makan maggi dalam bilik kebal. Rasional dia merancang pemabatalan puasa tersebut di bilik kebal sekolah adalah kerana terdapatnya cerek elektrik kepunyaan guru-guru. Cerek elektrik jenama Sen Heng itu dibeli dari Kedai Letrik Encik Lutfi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Cerek itu dibeli hasil duit kutu Kelab Guru SBP Zon Utara. dia pun menerjah masuk ke dalam bilik kebal.
GEDEGANG!!!!
pintu bilik kebal terbuka luas, kelihatan seorang guru sedang bermain Warcraft sambil makan Sushi King.
Rujukan:
Lina Joy lawan Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara & Kerajaan Persekutuan
http://ayujelitabeyonce.blogspot.com/
http://en.wiktionary.org/wiki/%C3%AAtre
0 retorik berapi-api:
Catat Ulasan