07 September 2009

jenayah semakin berleluasa, sejauh manakah kapitalis berperanan dalam permasalahan ini?

Setelah makan sate ayam lima cucuk, kami berbual panjang. Adapun apa yang diceritakan oleh datuk dan nenek saya yang usianya lebih setengah abad itu merupakan ceritera yang asyik diulang dari dahulu hingga sekarang, ianya masih relevan untuk dikaitkan dengan dunia sekarang.

Tenangnya kampung saya setenang air di tasik Kejut. Di sebalik ketenangan inilah rupanya, ada pemancing-pemancing yang mendapat habuan daripada jorannya. Pemancing-pemancing inilah yang menyebabkan mak cik-mak cik di surau dan masjid kampong saya bising dan risau akan keselamatan rumah masing-masing. Apa tidaknya, raya semakin hampir, terjadi pula kejadian curi yang mana pelakunya disyaki penagih dadah. Modus operandinya mudah, rumah yang jendelanya tidak bertutup rapat akan menjadi mangsa. Mereka akan memancing apa sahaja barangan melalui celahan tingkap sebagaimana kaki-kaki pancing memancing di lubuk-lubuk ikan. Dadah musuh nombor satu negara.

Hiburan muda-mudi dahulu bukanlah semudah menekan “remote controller” stesen Astro. Yang ada mungkin joget lambak, ronggeng mahupun tayangan gambar di padang sekolah. Diceritakan nenek saya dengan penuh bangga,dia katanya semasa baru beranak satu, setelah menidurkan anaknya, akan pergi berjalan sepelaung jauhnya dari rumah untuk menonton ronggeng. Ronggeng malam itu diadakan secara ekslusif sempena majlis perkahwinan. Walaupun sepelaung jauhnya, jalan yang dilalui gelap-gelita, semak-samun dan senyap-sunyi. Apa yang menyebabkan dia ke sana ialah keinginan untuk mendapat hiburan setelah mungkin berbulan lamanya tidak menghiburkan hati bukan seperti remaja sekarang yang hedonisme. Keinginan ini diizinkan pula keadaan yang aman tenteram daripada sebarang perompak yang berbahaya dan jumlahnya amatlah kecil. Jadi, manusia akan berasa selamat jika tiadanya ancaman-ancaman sekeliling. Pergerakan inilah kebebasan yang ingin dinikmati oleh setiap daripada diri manusia. Cerita nenek saya yang berjela-jela, diakhiri dengan satu kesalahan bahasa, “dah habih dah, cantik joget eh” mungkin pada waktunya ia bukanlah satu kesalahan, semasa itu Pendeta Zaba pun belum menerbitkan Pedoman Ejaan Bahasa Melayu dan segala pedoman tatabahasa beliau.

Bayangkanlah, tahun 1960, pada zaman kokak itu, walaupun sengkek, warga kampong saya masih berasa selamat dan yakin untuk bergerak siang dan malam walaupun adanya ancaman komunis. Apa yang terjadi tahun 2009 ini? Warga kampung saya, berada di dalam rumah sendiri pun berasa takut kerana adanya ancaman mat-mat dadah yang memancing di bulan Ramadhan.

5 retorik berapi-api:

abid_pm berkata...

nama pun kapitalis..
yang kaya menjadi raja..
yang miskin menjadi hamba..

sejauh mana?
setiap operasi yang dibuat akan mengikut prosedur yang panjang..
dalam masa yang panjang tu,tiba2 ada kes lagi besar..beralih kepada kes yang panas..1 kes tergantung..
melalui prosedur yang sama..penjenayah kes 1 melarikan diri..

repeat all the procedure..
make conclusion.
submit report b4...~

sYazWani_nur90 berkata...

umah wan ko penah kena rompak ngan mat dadah ker?

sYazWani_nur90 berkata...

cerito wan kau menarik la jang...

sYazWani_nur90 berkata...

cerito wan kau menarik la jang...
poie meronggeng...samo ko macam poie disko waktu skang??

muhammad rahimi bin hasan berkata...

tak samo do ngan poie disko ngan sekaghang.poie nengok ronggeng dapek makan pulut kuning,poie disko tolan ecstasy. laie pon dio poie tengok jo bkn beronggeng samo.

setakat ni alhamdulillah lah x kono.
tapi ghumah oghang lain dah banyak disobat eh baghang dah.jgn jo lotak bedodai2 topi tingkap,losap lah jawab eh.

poie balai polis, polis koba cam ni hah.."biar deh dulu, biar deh ghayo baghu tangkap".

hampehhh