kilat putih berakar memancar di balik angin yang mula bertiup mendinginkan malam. dengan kelajuan 0.1 saat, guruh berdentum dan menderam panjang tanda hujan bakal turun bila-bila masa sahaja. sudah tiga hari hujan tidak membasahi bumi. rumput dan tanah sudah kering disengat garang cahaya matahari september ini.
tidak sampai pun satu minit, hujan rintik-rintik mula turun menjentik tingkap kaca kamar ku lalu melunakkan melodi "tik, tik, tik" hujan mula meni"tik". satu anomatopeia yang mengantukkan.
laut malam ini mula bergelombang. bot-bot kecil ditegah daripada menawan samudera luas atas dasar keselamatan. nelayan menongkat dagu, sambil mata merenung jauh ke laut, hati tak senang kerana raya yang kian menjelang.
di sebuah perkampungan Melayu yang peruncit nya semua Cina ada seorang budak mendapat 10 sen daripada emak nya. ayahnya juga memberi 10 sen.
dengan wang 20 sen, dia berjalan ke kedai runcit Hin Fat. duit 20 sen itu dimasukkan ke dalam mesin tikam. dia mendapat patung ultraman daripada dalam telur tikam itu.
sekarang dia sudah jadi tauke judi di Genting Highland.

4 retorik berapi-api:
bermakna sungguh!
serously smart thinker~
:)
bnda remeh kadangkala boleh memberi impak yg besar..
verry deep.. can't really understand that post but...
Catat Ulasan