golongan elit atau bangsawan. bangsawan tradisional sikit bunyinya. elit pula bunyi macam kumpulan penyanyi empat orang gadis era 90-an yang dianggotai Linda Rafar, Sasha Saidin, Watie dan Abby Abadi. saya masih ingat mak cik saya beli majalah URTV di pekan. masa tu saya masih kecil, umur dalam 6 tahun. dalam majalah tu ada gambar empat orang gadis genit ini tertonggeng-tonggeng untuk mendapat "pose" paling "hot" lah kononnya. lalu saya dilarang membaca majalah URTV. betapa tabunya masyarakat. saya paling tak sangka dengan Abby Abadi yang begitu lincah menari semasa dalam Kumpulan Elite telah menjadi seorang pegawai polis dalam siri Gerak Khas dan model selipar berjenama Bata. jenama selipar kegemaran datuk saya.
golongan elit ialah golongan atasan dalam apa sahaja kelas sosial, pertubuhan, persatuan, kesatuan, parti, partai, kelab, institusi mahupun kumpulan ceti haram, Ah Long. kewujudannya dan pengaruhnya memang ada di mana-mana dan tidak boleh dihapuskan.
marhaen pula ditakrifkan sebagai rakyat jelata seperti petani dan nelayan berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat. orang marhaen digambarkan sebagai satu golongan yang tertindas, terpijak atau sengaja dilanyak golongan bangsawan atau pemerintah. kalau di universiti, rakan anda makan di restoran luar kampus sambil menghisap hukah, mereka boleh dianggap elitis manakala yang melahap makanan di kafe kolej ialah orang marhaen.
sabtu lalu, saya menonton slot filem hindustan di stesen televisyen percuma, TV3. tajuk umrao jaan. umrao jaan telah diculik semasa kecil oleh seorang lelaki bernama Daliwar. ianya bermotifkan dendam ke atas bapa Umrao Jaan yang memberi keterangan berkenaan Daliwar lalu tersabit kesalahannya dan dihukum penjara. setelah itu, Umrao Jaan dijual di sebuah rumah pelacuran ekslusif di Lucknow. sebelum itu, namanya ialah Amiran, setelah berada di rumah pelacuran itulah dia digelar Umrao Jaan. maka bermula lah karier Umrao Jaan sebagai seorang pelacur. pakej di rumah pelacuran itu tentulah mewah kerana pelanggannya terdiri daripada orang yang berharta dan berkedudukan. dalam filem itu, sebelum mereka bersama di malam lara, Umrao Jaan akan terlebih dahulu menyanyi dan mempersembahkan tariannya. diiringi orkestra klasik, menari dan menyanyi di atas hamparan permaidani Pakistan nan indah, hiasan dalaman rumah pelacuran nya taraf 5 bintang. amat sofistikated. khidmat pelacuran di Chow Kit pun tak semewah itu. boleh lah kita anggap bahawa Umrao Jaan ialah pelacur golongan elit kerana elit ada di mana-mana dan ketika.
dalam pada masa yang sama, pelacuran juga ada permintaan daripada golongan bawahan. maka wujudlah pelacur-pelacur marhaen yang bersepah seperti kerang hanyut di Brickfields, Kuala Lumpur. dalam filem Umrao Jaan, ibu ayam kepada Umrao Jaan ada menyatakan "betapa mulianya kita yang berada di dalam ini (rumah pelacuran) berbanding mereka di luar sana yang penuh kekotoran". lebih kurang begitu. kerana mereka di rumah pelacuran Lucknow itu bekerja dengan penuh kejujuran. tidak seperti Nawab Sultan yang mengkhianati cinta Umrao Jaan dan menzalimi Faiz Ali.
kekurangan wang ringgit dan kemiskinan merupakan antara sebab utama mengapa wanita sanggup melacur diri. jika tidak pun akan bekerja sebagai pelayan di kelab malam dan menjadi teman sosial kerana dorongan nafsu yang tak terkawal. contohnya, genius Sufiah Yusof yang disensasikan berita nya sebagai teman sosial setahun yang lalu. ini ialah jenayah yang berakar daripada eksploitasi dan dasar kapitalis. William Bonger yang cakap.
jadi, saya sarankan anda menonton filem Umrao Jaan lakonan Aishwarya Rai.
Rujukan:
4 retorik berapi-api:
ey.apsal kau tak letak rujukan tu nama aku sekali?aku yang bgtau kat mana tempat pelacuran..haha
haha.
kang gila obvious plak ak macam struggle nak buat asgnmnt ntuk bt post ni.
tk krn tlah menginfo saya tmpt plcrn.hahaha.
hehe mana dia SIS?
teramat dahsayt
Catat Ulasan