16 September 2009

wanita dan demokrasi dalam adat perpatih

ada satu antara banyak perbilangan adat,

adat bersendikan hukum,
hukum bersendikan syarak,
syarak bersendikan Kitabullah.

jadi, atas dasar bahawa adat itu berpandukan Al-Quran, maka bolehlah saya buat kesimpulan mudah bahawa adat perpatih masih relevan kerana Al-Quran masih relevan. relevan ini bermakna adat perpatih masih boleh kekal dipraktikkan dalam zaman ini. apa yang pentingnya saya ingin menyelami kerelevanan adat perpatih ini dalam menyelesaikan sekelumit permasalahan dalam konteks feminisme dan demokrasi. memanglah tidak mungkin berlaku penyelesaian konflik dalam idea feminisme dan demokrasi, tetapi saya melihat bahawa adat perpatih telah dapat mengelakkan penyelewengan kuasa dan rasa tertindas dalam golongan minoriti (wanita dalam hal ini).

dalam hal ini kita haruslah melihat negeri sembilan sebagai satu contoh yang paling ideal untuk membicarakan hal demokrasi dan feminisme.

demokrasi ialah pemerintahan oleh rakyat, atau dikaitkan juga dengan kata-kata Abraham Lincoln, "of the people, by the people, for the people" yang bermaksud "daripada rakyat, oleh rakyat,kepada rakyat". demokrasi juga diterjemahkan dalam sanubari manusia sebagai peristiwa pilihan raya, yang mana pilihan raya ialah satu proses rakyat memilih pemimpin dalam kalangan mereka melalui proses pembuangan undi. calon yang memenangi majoriti akan dipilih sebagai pemimpin. ini bermakna wujud nya satu sistem yang mana pemimpin dipilih oleh rakyat, yakni dari bawah. bukannya dari atas. Jadi, perkaitannya dengan adat perpatih ialah pemimpin adat di negeri sembilan dipilih dari bawah bukannya dari atas. ini sangat bertepatan dengan perbilangan yang berbunyi,

bulat anak buah memilih buapak,
bulat buapak memilih lembaga,
bulat lembaga memilih undang,
bulat undang memilih Yam Tuan (yang dipertuan besar).

contoh paling jelas ialah selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar, anakanda Almarhum Tuanku tidak dilantik secara terus untuk menggantikannya. maka, undang yang empat akan bermesyuarat untuk melantik Yam Tuan yang baharu. Oleh itu, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yam Tuan yang baharu. hal ini jelas menunjukkan kesuburan demokrasi dalam sistem pemilihan pemimpin dalam adat perpatih.

bukan sahaja dalam pemilihan seorang raja baharu, pemilihan ketua luak (undang), ketua suku (lembaga) dan ketua perut (buapak) juga menitik beratkan konsep demokrasi. pemimpin-pemimpin adat ini semestinyalah lelaki dan tidak mungkin akan dapat didakap oleh wanita. ini sudah ada satu petanda bahawa wanita tidak akan mendapat hak dalam politik atau pemerintahan.oleh itu, akan wujudlah penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh para pemimpin yang datang daripada kaum Adam. penyelewengan ini pastinya akan mengakibatkan hak-hak minoriti (wanita) diabaikan atau diragut oleh lelaki. kebajikan wanita juga akan terabai daripada segi kebajikan seterusnya mengakibatkan mereka rasa tertindas. penindasan yang lahir dalam negara demokrasi sering sahaja terlihat atas dasar seseorang atau sekumpulan golongan itu ialah wanita.

sebagai contoh, kurangnya penyertaan dalam politik (dalam hal negeri sembilan, tiada langsung penyertaan politik oleh golongan wanita), hak untuk memilih pemimpin (ketiadaan wanita dalam organisasi politik di negeri sembilan bermakna tiada langsung hak diberikan kepada wanita untuk memilih undang, lembaga dan Yam Tuan). namun, dalam ketiadaan hak politik terhadap perempuan dan sistem demokrasi yang menafikan hak wanita untuk memilih pemimpin, tiada apa-apa penyelewengan kuasa dan penindasan yang jelas dan terang-terangan berlaku dalam masyarakat yang mengamalkan adat perpatih. tiada apa-apa pengabaian kebajikan atau penafian hak-hak lain selain politik berlaku ke atas golongan wanita. bukti bahawa mereka tidak tertindas ialah tiada nya luahan rasa tidak puas hati terhadap sistem pemimpin yang hanya meletakkan lelaki sebagai ketua. ini berdasarkan pengalaman saya sendiri yang 19 tahun hidup dalam masyarakat yang mengamalkan adat perpatih selain daripada mengambil kira bahawa tiada laporan tiadalah kes salah guna kuasa berlaku.

jadi, ubat atau penawar yang diguna pakai dalam demokrasi adat perpatih ini, sehingga tiadanya penyelewengan kuasa oleh pemimpin lelaki ialah pemberian hak harta pusaka terhadap golongan wanita (right to property).

pertama, kewujudan hak terhadap harta ini telah mengekalkan keharmonian antara lelaki dan wanita kerana lelaki tidak akan sesekali bersifat korup dengan harta kerana harta pusaka bukan hak mutlak bagi mereka. walaubagaimanapun, tidak lah boleh dikatakan bahawa lelaki langsung tidak boleh menikmati harta pusaka kerana terdapatnya peraturan yang berbunyi,

"wanita mempunyai hak terhadap harta pusaka seperti tanah dan rumah, walaupun begitu, saudara lelaki boleh mengerjakan apa yang terdapat dalam tanah pusaka dan mereka boleh memakan hasilnya".

kedua, pemilikan harta pusaka atas perempuan telah menimbulkan rasa takut untuk pihak lelaki menyelewengkan kuasa. hal ini kerana jika lelaki menyelewengkan kuasa, akan timbul satu bentuk hukuman secara senyap oleh pihak wanita. mungkin contoh ini agak nampak bodoh pada tulisan ini tetapi ini kenyataan yang boleh berlaku.
  • lelaki takkan dapat balik rumah yang didirikan atas tanah pusaka kerana dipulaukan adik-beradik wanita. ugutan lah kiranya ni.
  • lelaki langsung tidak dapat menikmati hasil tanaman di atas tanah pusaka seperti rambutan, durian, langsat, pisang dan sebagainya
  • lelaki tak kan dijemput ke kenduri-kendara yang diadakan di rumah pusaka. balas dendam lah kiranya.

ketiga, pemberian hak terhadap harta ini juga boleh dijadikan satu bukti bahawa tiada diskriminasi terhadap wanita seperti anggapan mereka ialah golongan kelas bawahan atau dalam dialog cerita P.Ramlee " perempuan kabret!! low class!!".

keempat, dalam adat perpatih ini telah wujud pembahagian kuasa yang molek. lelaki mempunyai hak mutlak dalam politik (political right) manakala wanita mempunyai hak terhadap harta (rights to property). pembahagian hak dan kuasa ini telah menjamin keharmonian antara lelaki dan perempuan kerana kedua-dua pihak tidak akan berlaku korup atas kuasa masing-masing.

saya percaya huraian ini tidak mempunyai apa-apa autoriti yang sahih tetapi cukuplah sekadar menjadi satu bukti bahawa adat perpatih relevan dalam memainkan peranan untuk menyelesaikan persoalan feminisme dan demokrasi.

"alang tukang kayu terbuang, alang bijak binasa adat, alang alim rosak binasa"

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Feminism http://ms.wikipedia.org/wiki/Feminisme http://en.wikipedia.org/wiki/Democracy http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi http://www.abc.net.au/ola/citizen/women/women-power.htm http://pelaminanminang.com/artikel/penting-dan-vitalnya-partisipasi-politik-wanita-http://nagarinansembilan.blogspot.com/



4 retorik berapi-api:

sYazWani_nur90 berkata...

nur syazwani likes this post..
jgn dipulaukan hak golongan minoriti itu...

armie::parc::udinc berkata...

nice entry...
sy sbg ank jati n.sembilan sgt suke!
hihihih...

Anak Rembau berkata...

Salam. Tahniah kerana mewujudkan satu lagi blog mengenai Adat Perpatih. Silalah layari blog saya http://nagarinansembilan.blogspot.com. Ia menerangkan adat perpatih secara terperinci.

muhammad rahimi bin hasan berkata...

wslm.terima ksih..saya link kan blog anda dalam rujukan.