05 Oktober 2009

catatan buat yang masih belum tahu mereka siapa atau apa




petang ini aku duduk sahaja. tiada apa-apa agenda. tiada apa-apa kerisauan. tidak juga gembira. kesedihan sudah lama ditinggalkan. perasaan yang neutral. hijau.



ligat pusingan kipas dan suara dari luar bilik menambah segar petang ini. kesegaran ini ditambah lagi dengan laungan azan. selesai Lailahaillallah, aku rasa bebas.



fikiranku dicurah rasa ingin tahu. kritikal sekali. jika tidak berada di dalam ini. siapa atau apakah aku. bila aku sedar aku lah siapa bukannya apa. aku bersyukur dengan satu helaan nafas panjang disambut iqamah. syukur Tuhan!



aku sudah berdiri di muka pintu,

dengan rasa ragu.

2 retorik berapi-api:

ayap berkata...

knape tibe2 rase ragu2 plak? ko nmpak pe?

muhammad rahimi bin hasan berkata...

nampak bahaya