06 Oktober 2009

ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi



masa aku belajar matematik tambahan dulu, masa sekolah menengah, aku pernah dapat markah 74, dapat A2. itupun sebab soalan muka surat belakang sekali ada soalan teka silang kata.


lepas ujian selaras tu, jangan mimipi lah aku nak dapat lulus, paling-paling pun dapat 24, 27,

masa cikgu mengajar guna PPSMI, aku kadang-kadang tak faham apa yg dia nak cuba terang kan.


macam tu juga dalam subjek Fizik, Kimia, Biologi, adakalanya penghuraian guru-guru yang dipanggil "teacher' atau "sir" sukar untuk difahami melainkan mereka berhujah dalam bahasa Melayu.


sebab itulah aku tak setuju dengan PPSMI yang sampai hari ini, belum lagi dimansuhkan.


siapa lah yang pilih kerajaan yang tak faham bahasa ni?
Rujukan:

6 retorik berapi-api:

Julia & V berkata...

si luncai dengan labu-labunya

berapi tak?

fakhruddin berkata...

tapi kan, lepas PPSMI ni la aku boleh bertutur bahasa inggeris. dulu masa sekolah rendah, aku memang tak reti cakap bahasa inggeris langsung. bila dah masuk star, semua guna bi, boleh la aku cakap bi sikit, walaupun belum sempurna. =]

muhammad rahimi bin hasan berkata...

bahasa inggeris yang meningkat tu adalah daripada latihan,

latihannya apabila kita bercakap dalam bahasa inggeris,

PPSMI memang ada melatih kita bercakap bahasa inggeris,

tetapi ada cara/kaedah yang lebih sesuai iaitu,

gunakan subjek bahasa inggeris itu sendiri.itu sahaja caranya.

sains dan metematik tak harus dimangsakan untuk meningkatkan penguasaan bahasa kerana belajar teori dan praktikal ialah objektif dalam sains dan matematik.

"matlamat tidak menghalalkan cara"

ha-rith berkata...

satu pandang sisi, betulke PPSMI tu untuk bangsa kita mnjadi lbih maju?

bak falsafah kapitalis, semuanya untuk kepentingan 'diri sendiri'..
dalam Malaysia ni, semuanya mengenai bisnes dan wang,semua boleh asalkan dapat keuntungan duniawi..

muhammad rahimi bin hasan berkata...

akan memajukan bangsa kalau semua orang pandai-pandai belaka.

malangnya tidak. hanya sebelah pihak yang mendapat keuntungan.

pelajar yang sudah biasa dengan penggunaan bahasa inggeris akan lebih mudah untuk mempelajari sains & matematik.

pelajar yang tidak biasa dengan penggunaanya akan terus merangkak dan terhincut-hincut mempelajari sains & matematik. terutamanya, pelajar luar bandar.

kapitalisme dalam pendidikan.
"yang pandai semakin pandai, yang jahil semakin tertinggal dalam serba ketidaktahuan"

semata-mata kerana tiada modal iaitu pengetahuan bahasa inggeris.

fakhruddin berkata...

wow wow. haha. ok2 aku kalah.