
sedang aku melahap maggi perisa kari dan menggogok milo ais.tiba-tiba, saya muncul semula dan membuat kritikan kepada pemerintahan datuk abdullah ahmad badawi.
oh, bukan!
tiba-tiba, siling rumah bergegar-gegar. gempa bumikah? bergegar lagikah bumi sumatera? bunyi nya seakan-akan ada beberapa ekor arnab putih comel. gebu. sedang berlari-larian di atas siling rumah. alangkah indahnya pemandangan di atas siling rumah yang dilatari arnab-arnab ghairah bergurau-gurau lalu bersembunyi di sebalik rimbunan pohon-pohon renek.
apakah itu penilaian secara empirik?
apakah pula penilaian secara normatif?
siapakah tradisionalis dan siapakah behavioralis?
empirik. penilaian yang berkehendakkan soalan "apa yang sebenarnya?" sebaliknya, pendekatan normatif berkehendakkan soalan "apa yang sepatutnya"
dalam mengkaji fenomena politik dan kejadian-kejadian dalam masyarakat, jika seseorang mantan menteri besar yang pendek pernah dituduh terlibat dalam politik wang, maka seharusnya kita semua menolaknya atas dasar moral yang sudah dilanyak korupsi. maaf. rasuah bukan korupsi. jika mat-mat pit menghisap dadah, lebih baik kita hantar ke pulau jerejak mahupun pulau pangkor, pulau tioman, kalau tidak pun pulau batu putih supaya mereka dapat menikmati keindahan hidup yang tinggal sisa sahaja. ini pun jika kita menilainya secara empirik.
ini boleh menyebabkan kita bias.
kalau kita menggunakan pendekatan normatif. soalan "what should be?" harus dijawab. seorang mantan menteri besar yang rasuah harus lah diberi peluang untuk meninggikan semula namanya walaupun ketinggiannya masih di paras lama. mantan ini harus diberi peluang kerana beliau sepatutnya diberi peluang itu atas dasar beliau mempunyai bakat dan kredibiliti sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat. dalam konteks ini, baik dengan pekerja-pekerja ladang dan penjual kacang putih di pantai awam Teluk Kemang.
mereka yang menggunakan pendekatan empirik juga dikenali sebagai positivist. pendekatan ini dipanggil juga sebagai value-neutral berbanding pendekatan normatif yang sarat dengan nilai (value laden). nilai di sini pula bermaksud matlamat hidup. kalau seorang pelajar universiti ke kuliah untuk ilmu. seorang penghuni kolej ke pesta tanglung untuk dapat markah merit bukan atas semangat 1Malaysia. retorik semata-mata.
saya juga dengan secara tidak sengaja telah berfantasi jauh lalu sesat dalam belukar normatif. berfikiran yang baik-baik. sarat dengan nilai, value laden. kenapakah saya berfikiran ada beberapa ekor arnab comel dia atas siling rumah. keharmonian suasana itu jauh sekali dengan pendekatan empirik. kita perlu melihat apakah realiti sebenar yang berperang di atas siling rumah. arnab comel itu sebenarnya tiada langsung. yang ada hanya musang berlari-larian mencuri ayam di reban dan membahamnya dia atas siling rumah.
6 retorik berapi-api:
aku x brapa paham pe 2 behaviorist?? 2 org yg suke wat prngai ke???
behavioralis salah satu cirinya menilai sesuatu secara empirik.
tradisionalis menilai secara normatif.
bukan org yg selalu buat perangai
terima kasih.
byk yg aku blajar hari ni.
empirical formula
herbivore
carnivore
rahimi rahimi!
kalau kau tulis novel mesti aku beli sepuluh!
tulislah tulislah!
novel culture =]
Catat Ulasan