saya teringat pada satu petang Isnin semasa di sekolah dahulu. kami, pelajar-pelajar berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. agenda petang itu ialah perjumpaan kokurikulum dengan matlamat pemilihan AJK tertinggi kelab permainan. saya mengambil keputusan menyertai kelab petanque, sejenis permainan berasal dari negara Perancis, permainan paling mencabar minda dan ketajaman fikiran. hebat dan gah sungguh kelab petanque. disegani seluruh warga alma mater tercinta tetapi dicemuh pula oleh pengetua.
gelanggang bola keranjang menjadi medan perhimpunan. di hadapannya terdapat pentas seolah-olah rostrum tempat guru-guru dan pelajar menghamburkan kata-kata. kami pelajar biasa berada di bawah akan mengutuk-ngutuk setiap patah perkataan sesiapa sahaja yang bercakap.
pada tahun 2004 itu, tahun pertama pihak sekolah melaksanakan penilaian kokurikulum melalui jawatan-jawatan yang disandang di peringkat rumah, persatuan, kelab mahu pun kelas. oleh itu, pihak sekolah mahukan pelajar-pelajar memilih calon yang benar-benar layak dan ada karisma untuk memegang jawatan. yang membuatkan saya begitu teringat kan peristiwa petang itu ialah ucapan berapi-api guru penolong kanan kokurkulum, Encik Zokronain. dia memakai baju t putih berkolar dan seluar sukan warna biru tak silap saya. ucapan retorik nya pada petang itu berbunyi,
"apabila memilih pemimpin, pilih lah pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab, kita!!! tidak mahu menipu rakkkyat!!!".
maka, berguguran lah dedaun pohon tepi tapak perhimpunan itu, dek betapa ribut nya kata-kata Encik Zokronain, menggegar rasa setiap hati yang menyaksikan peristiwa itu.
ingatan saya menerjah lebih jauh kepada tarikh 8 januari 2003, hari yang mengubah sejarah hidup saya. semasa itu, saya berada di dalam dewan besar sekolah, yang namanya besar tetapi kebenarannya paradoks. pada hari pendaftaran pelajar tingkatan satu itu, semua yang lain berpakaian baju seluar serba putih, ada juga yang siap bersongkok. namun, tidak bagi saya, hanya berseluar jeans dan baju t tanpa kolar warna biru gelap. dengan pakaian itu lah saya mendaftar sebagai warga sekolah melayu ipoh, di samping muka yang skema. pada hari tersebut, pengetua sekolah telah berucap dengan nada yang lebih kurang sama makna nya dengan Encik Zokronain. ucapannya berbunyi,
"kamu bayar seringgit duit makan itu duit mak bapak kamu, lagi tiga ringgit yang kamu makan duit rakyat, kalau dah makan duit rakyat, kena lah berjasa pada rakyat"
isunya ialah rakyat. rakyat merupakan satu kuasa paling unggul dalam sesebuah negara yang mencanang dirinya sebagai pengamal demokrasi yang sangat demokratik dalam segala hal ehwal yang melibatkan kepentingan awam. umumnya terdapat empat ciri demokrasi iaitu:

- segala keputusan kembali kepada kuasa rakyat untuk menentukannya
- satu individu, satu undi atau "one man, one vote"
- segala keputusan kerajaan mestilah mengambil kira kepentingan ramai
- keputusan terletak pada majoriti
selain itu, demokrasi juga menjunjung tinggi konsep kebebasan. tidak kiralah apa pun kebebasan yang ingin diertikan melalui apa cara sekalipun. bebas tapi jangan sampai terbabas.
jadi, di bawah telapak kaki rakyat lah terletaknya syurga abadi bagi demokrasi.
8 retorik berapi-api:
aperhal demokrasi bagai nyh beb..??
frust sebab xkuar soklan evo td ker..?
=p
jadi, bile dh sampai masa utk mengundi. gunakan lah sebaik-baiknye.
"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA"
kau budak petanque ke paloh?asal xckp awal2..kalau tak leh ajak main dgn aku.aku budak petanque gak. :D
najwa hazirah halmi: ni preparation untuk paper pengantar sains politik.hi3
Aira: mengundi tu pun boleh dipersoal tahap demokrasi nya. plhn ry tu hanya satu bentuk formaliti yg diadakan untuk menimbulkan rasa kepada rakyat bahawa mereka telah turut serta dalam demokrasi sedangkan pemimpin yg dipilih itu lah dia dari dahulu sampai sekarang.
[sawi]: ohh,ha2, aku duk lam kelab tu main 2 thn je, bkn tau mana pon main,takat lempar2 tau arr..haha
respek memori kau.terima kasih.terbaik.
menusuk jiwa para-para sakura..
demokrasi menjadi gundik kepada semua orang?
macam berlaku di dunia sekarang..
contoh terbaik thailand yang menggulingkan kerajaan thaksin..
demokrasi..wtf~
democracy is the worst form of government.. hahaha...
Joseph Schumpeter;
"democracy is not government by the people but APPROVED by the people" --elit demokratik
Catat Ulasan