
aku tiba-tiba teringat dengan satu program paling bodoh pernah dianjurkan di sekolah dahulu, program tu semacam program yang paling tak masuk akal dan entah macam mana boleh dijalankan di sebuah sekolah yang bagi saya tak layak langsung untuk menerima kebodohan-kebodohan yang ada padanya.
semasa itu aku berada di tingkatan 5.
program ini, melalui pandangan saya sebagai seorang pelajar, hanya pengetua seorang sahaja yang beria-ia nak menganjurkannya. kononnya fasilitator program tersebut boleh mengusik jiwa anak-anak pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3, budak-budak yang mengambil peperiksaan besar lah sebenarnya ni. PMR dan SPM.
kebodohan dan ketidakrelevanan serta keharamjadahan pertama ialah semua pelajar tingkatan 3 dan 5 perlu berpindah-randah macam orang nomad membawa segala macam keperluan. sebagai contoh, kain baju, barangan mandi, segala-galanya sehinggakan pelajar dilarang untuk pulang ke asrama, jika didapati tertangkap akan diambil tindakan. betulkan kalau saya tersilap.
pada petang jumaat yang hening itu, semua pelajar tingkatan 3 dan 5 berkumpul di dewan besar sekolah yang tiada penghawa dingin untuk dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan. setiap kumpulan akan diberi satu bilik kelas untuk didiami sehingga tamat program iaitu pada hari ahad.
penipuan dan pembohongan pertama oleh fasilitator, selain daripada pembohongan kecil yang lain ialah alat perosak barangan mekanikal. katanya alat tersebut dibeli di singapura. ia mempunyai gelombang yang boleh menjahanamkan alat-alat seperti telefon bimbit, jam dan entah apa lagi. jadi, berpusu-pusu lah manusia diperbodohkan lalu menyerahkan jam dan telefon bimbit secara paksaan tapi diselindungi hikmah-hikmah disebalik nya. kononnya untuk melatih pelajar mengejar masa.
pada petang itu pun, kami terpaksa berbondong-bondong dengan segala keperluan mandi, berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala, kain basahan. antara lokasi yang kami terokai ialah belakang bengkel kemahiran hidup, tandas pelajar, tak ketinggalan juga tandas guru lelaki, tak cukup lagi kami pun mandi di tepi bangsal tempat letak bas sekolah. bayangkan lah ada pelancong asing datang, tak terkejut beruk mereka melihat sebuah sekolah dilabel sekolah elit, bestari, entah apa lagi yang tak padan dengan suasana sepanjang program itu. tuala dan kain-kain basahan disidai menjadikan kawasan sekolah macam setinggan Bangla. di tepi-tepi koridor bangunan blok akademik basah dan menggelikan.
selama program itu berlangsung, suasana di kawasan sekolah sebenarnya jadi macam zon perang.
kebangangan program tersebut diteruskan lagi dengan ritual paling bongok dan terang-terang menggunakan alasan agama untuk menghalalkannya. setelah tidur buat seketika, kami digegarkan dengan tempikan suara dan bunyi siren. semua pelajar diarah untuk turun ke dataran staroba. kami beratur mengikut kumpulan. fasilitator mula mencarut-carut dan bermukadimah panjang. semua nya mencarut-carut dalam hati. pada mulanya, dia memanggil beberapa orang ke hadapan khalayak. entah saya tak ingat sebabnya, mereka dipancutkan air dengan getah paip warna jingga. maka kesejukan dan menggigillah pelajar yang disimbah air, kebasahan. seingat saya, mereka ialah daripada golongan pelajar yang selalu menimbulkan masalah disiplin di sekolah dan asrama. mereka kemudiannya dibawa ke padang sekolah.
walaupun yang menonton adegan tersebut hanya melihat, kesejukan dan kedinginan disimbah air pada waktu pagi pukul 3 boleh dirasai jelas. pada agakan saya pukul 3 kerana kami tiada jam untuk merujuk waktu. rupa-rupanya, kusangka panas hingga ke petang, hujan pula di tengah hari. kami semua menjadi mangsa simbahan air pada pagi-pagi buta itu. kemudiannya, kami diarahkan ke padang sekolah untuk dimotivasikan. warden-warden telah bertugas untuk menjadi fasilitator tambahan kerana ketua fasilitator dah tak larat nak mencangkung tengah padang agaknya.
kebodohan yang seterusnya, pada tengah hari sabtu, kami telah dihidangkan sajian paling tak masuk akal. hakikatnya, makanan tengah hari itu ialah ayam masak kari dan sayur tetapi telah diasingkan menjadi satu dulang nasi, satu dulang ayam kari, satu dulang kuah, satu dulang sayur. semuanya disajikan berasingan. jadi, kami ditugaskan untuk membahagikan semuanya kepada setiap orang sehingga mendapat hidangan lengkap iaitu nasi, kari ayam, sayuran, kuah dan air minuman. bayangkanlah, kami membahagikan semuanya menggunakan tangan. makanan itu semuanya jadi sangat menjijikkan. aku pun macam nak termuntah-muntah setelah semua makanan tu masuk dalam perut. apakah bodoh sangat aktiviti yang dirangka untuk menerapkan nilai kerjasama? kerjasama apa yang boleh dapat daripada aktiviti makan-makan yang menggelikan.
aku percaya sebahagian besar yang menyertai program ini memang tak berpuas hati dengan kerangka aktiviti yang bodoh dan tak masuk akal. walaubagaimanapun, ada aktiviti yang menepati kehendak dan matlamat nya. dalam masa yang sama ia telah dihancurkan oleh aktiviti bodoh dan peraturan yang mengarut maka patutlah pihak sekolah menilai sendiri sama ada ingin menjemput atau tidak lagi fasilitator senget yang telah memporak perandakan kehidupan kami selama dari petang jumaat hingga tengah hari ahad.
akhirnya, selesai program itu kami pun keluar outing.
11 retorik berapi-api:
keharamjadahan.
program paling lahanay pernah aku rasa.sejuk macam ****!
kesian sape yg kene!
yg pasti aku xde tyme tu..hihihi
memang! aku sokong sangat. bodoh nak mampus la program tu. kesan positif? ada ke? aku rasa, budak2 makin banyak mencarut ada la. aku yang baik ni pun mencarut2! ahhahaha
>.<
siapa nama motivator tuh? bengong giler.
post ni bes gile palo.
ak memang sokong ko nyer statement.
ader ker suh dok tgh2 pdang pepagi buta atas alasan nk kter sumer rse kalo la xde tilam,nntal,katil dll.ksimpulannya,jgn vandelisme.
ditambh dengan siraman air.
sungguh "menggilap mutiara"!
pas2,makan kt dining dengan selonggok nasi seolah2 raksaksa yg lapar nk makan smbil mmbuat pertandingan yg kurang bijak iaitu,kumplan mner yg abes awal dahulu..sehingga mendorong pelajar tok buang nasi kt bwh dll pelbgai trick lagi..tak ker mmbazir nme nyer tuh?
sungguh "menggilap mutiara"!
mmbazir jer duet pibg smate2 nk wt progrm yg lgsg tak beri kesedaran.malahan membawa pelbagai imej buruk yg ntah paper.aku pn xnmpak rasionalnya.
sungguh "menggilap mutiara"!
hahaha.tahniah la semua student yg dapat jalani kehidupan tidak normal seperti itu.menjadi pelarian di tempat tinggal sediri.
sungguh tidak bertamadun.
sungguh "menggilap mutiara"!
dan tahniah pada fasilitator yg dijemput.untung anda kerana dapat mjyakn aktivi tidak senonoh itu.
kerana ianya
SUNGGUH "MENGGILAP MUTIARA!"
sekian terima ksih.
haremzeddah
kenapa aku xjoin mnde ni ha?
pelik gk
cm sian gle kt dak2 yg kne
aku stakat dgr cte jela
huuu
meggelapkan mutiara aq lagi adalaa..
tdo alas paper,mandi mcm kerbau..
terkejar sana-terkejar sini..
bodo ajee..
ttup muka kt dewan..buat student nanges...
ntahpape..
"ANAAAAK KECIL MAIN API....terbakar hatinya yang sepi..."
boleh didakwa atas akta hakcipta.
hoooyer.
lagi satu jangan diluperkn.
"tutop mate sumer".
"ok skrg mengaku,spe yg merokok?spe yg tgok video lucah?spe yang mencuri?spe yang wt seks sejenis?spe yg bla3.."
hahaha.
ader gak yg angkat tangan.
membuka pekung di dada sendiri.ahha
serious shit? apesal aku lupe sial, aku rasa ni mungkin memori buruk kot, sbb tu aku dah delete.
satu je aku igt, x silap aku tghari sabtu tu aku demam kot, aku x mkn trus, aku balik dorm tido buat bodo je, wakaka.
bastard gile yang tembak air tu~
nyampah aku dgar die carut2
Catat Ulasan