16 Disember 2009

BTN

baru-baru ini datuk seri mohd najib bin tun abdul razak, perdana menteri kita yang dikasihi ingin menamatkan polemik yang timbul mengenai biro tatanegara (BTN). ini bermakna isu perkauman yang ditiupkan melalui badan ini harus ditutup. sehubungan dengan itu, beliau mengumumkan bahawa modul BTN akan disesuaikan dengan peredaran masa. sesuai lah dengan generasi sekarang.
jadi, lagi disuruh tutup cerita lagi lah seronok untuk diperkatakan. saya nak cakap juga tentang BTN. apa saya peduli. biasa lah, kalau orang tua cakap jangan main kotor, sebenar nya lagilah kita nak buat. lagi teruja kita nak main kotor tu. "curious".
saya pernah dua kali mengikuti kursus BTN. nama nya kursus bina negara (asas). pertama di kem ulu kenas (B), kuala kangsar, perak. kedua di kem kaki bukit, perlis. kedua-dua nya semasa zaman persekolahan.
jadi, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya anggap menarik.
pertama, lokasi kem BTN semesti nya terletak di kawasan pinggir hutan. kem kaki bukit contoh nya memerlukan kita untuk merentasi gua kelam (the cave of darkness) terlebih dahulu. lokasi nya yang terpencil di hutan mengingat kan kepada kem-kem militan. ia nya seolah-olah begitu.
kedua, apabila melangkah masuk ke dalam dewan utama nya. dinding-dinding dihiasi dengan potret pemimpin-pemimpin melayu. cukup membuatkan saya terfikir adakah BTN ini milik melayu sahaja.
ketiga, mentang-mentang lah kami yang datang semuanya lelaki. fasilitator tua ganyut tersebut mengajar kami satu lagu. "saya ada belon, belon saya besar, kalau tidak besar, bukan belon saya.","saya ada uuhuhh, uhhuhh saya besar, kalau tidak besar, bukan uhhuhh saya". celaka betul lirik nya. tapi, kami menyanyi penuh semangat. irama nya lagu burung kakak tua.
keempat, disuruh mengunyah petai, bawang mentah, kopi pekat dan disimbah dengan tepung cair yang dicampur serbuk kunyit.
kelima, pegawai dan fasilitator memakai seragam putih sepanjang hari. dari hari pertama sehinggalah hari terakhir. macam tak tukar baju. sehinggakan rakan-rakan saya mengejek seorang kakak fasilitator sebagai minah 'kepam'. orang kuala pilah pula tu. mangkuk ayun betul.
keenam, kami sangat tertarik dengan perkataan 'goyim' yang bermaksud babi.
ketujuh, makanan nya sedap setiap masa. ini lah slot yang paling menarik bagi kami kerana ia jauh lebih lazat daripada hidangan di 'dining hall' sekolah.
tentang dakwaan peserta BTN disajikan gambar agen Yahudi, peringatan bahawa melayu hanya tinggal kuasa, memang ia nya ada. tapi, saya tak ambil kisah semua tu. BTN pertama sahaja saya ambil perhatian kerana merasa kan apa yang disampaikan oleh mereka sangat penting. BTN kali kedua di kaki bukit saya buat bodoh sahaja. bau-bau "racist" ini hanya diselit kan dalam slot-slot utama seperti slot kenegaraan. ia nya hanya seperti tahi gigi. bukan nya mengesan kan sangat pun. yang tak tahu menilai sahaja akan tertawan dengan kata-kata mereka. polemik ini diperbesar oleh yang berkepentingan seolah-olah ia nya sangat mengesan kan. kalau hari ini kerajaan menggunakan BTN untuk kepentingan mereka. kerajaan bertukar suatu hari nanti pun, ia nya pasti akan digunakan juga.
saat yang dinantikan ialah mengisi borang soal selidik pada akhir program. saya hanya melepaskan rasa geram dengan kebosanan program tersebut. yang pasti bukan saya seorang sahaja yang berbuat begitu. rakan-rakan saya juga. ia nya terbukti berjaya! kakak kepam tersebut sangat "down" apabila membentang kan pendapat kami di akhir majlis. dia nampak berbeda. kalau di ulu kenas, dia bersemangat menjawab soalan-soalan tetapi di kaki bukit dia macam baru putus tunang.

7 retorik berapi-api:

fakhruddin berkata...

time kat perlis tu, ko igt tak akak yg badan besar tuh cakap, "awak semua ni macam monyet la. tak reti duduk diam!"

kan celaka namanya tuh. sampai skrg aku igt. aku benci gle ngan dia siot hahaha

muhammad rahimi bin hasan berkata...

hahaha.ingat-ingat! memang perangai kita macam monyet pun.

tapi, kita kena cakap balik kat dia,

"hoii!!kitorang ni monyet je, kau tu anjing kerajaan!!najis sial!!"

muaahaha

muhammad rahimi bin hasan berkata...

setelah aku baca balik tulisan ni, aku sedar ayat nya berputar-putar, terbelit-belit.boleh mendatang kan salah faham.

bukan aku maksudkan perbuatan brainwash btn macam tahi gigi. tapi, persolan yang ditimbul kan tahap nya sebegitu.

lagi satu ayat "polemik ini diperbesar oleh yang berkepentingan seolah-olah ia nya sangat mengesan kan."
ya ,ia mengesankan bagi yang tak tahu menilai. tapi ia sangat tak berkesan untuk yang tahu menilai.kerana beranggapan bahawa yang menyertai btn itu tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. ya, ia diperbesarkan atas dasar yang kuat kerana boleh menimbul kan perkauman. tetapi kita mesti ingat yang membangkit kan itu sendiri berkepentingan. ada kecenderungan suatu hari nanti mereka juga akan betindak sama seperti mana btn sekarang.

"harap jangan salah faham"

a d i n berkata...

aku sgt setuju dgn post ni,
>.<

fakhruddin berkata...

wow panjangnya... apsal dulu ko tak masuk debate team ah? hahaha

Tanpa Nama berkata...

ayat berbelit belit mcm keling.

muhammad rahimi bin hasan berkata...

komen "racism"

hahaha