“Pelanggan yang dihormati, untuk keselamatan anda sila berdiri di belakang garisan kuning, sila beri laluan kepada penumpang untuk turun dari tren terlebih dahulu sebelum menaikinya, para penumpang dinasihatkan supaya berwaspada terhadap penyeluk saku dan menjaga barang-barang peribadi yang dibawa semasa berada di stesen dan juga di dalam tren, anda tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan stesen dan juga di dalam tren. Terima kasih atas kerjasama anda.”
pertama kali saya menaiki ktm komuter ialah sewaktu ia mula beroperasi pada tahun 1995. ktm komuter diselenggara kan operasi nya di bawah kereta api tanah melayu berhad (KTMB). ia nya wujud atas keperluan untuk mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar seperti di Labu, Negeri Sembilan. dengan nya mudah lah untuk remaja sekolah yang belum cukup umur dan ada juga yang belum akil baligh lagi-lagi ada juga yang belum mumaiyiz untuk ke kota raya kuala lumpur contoh nya.
semasa zaman awal komuter ini, saya menaiki nya bersama mak cik untuk perjalanan dari stesen seremban ke stesen kuala lumpur. semasa itu, stesen KL sentral di brickfields masih belum ada seperti sekarang. salah satu perkara pelik yang saya lakukan ialah menyalin nama setiap hentian yang ada. ini dicerita kan oleh mak cik saya. itu pun saya tak sempat untuk menulis kesemua stesen yang kami lalui. kalau sekarang tak perlu salin saya dah ingat. bermula dari seremban, tiroi, labu, nilai, batang benar, bangi, UKM, kajang, serdang, bandar tasik selatan, salak selatan, seputeh, mid valley akhirnya, KL sentral.
pertama kali saya dan mak cik saya sampai di kl sentral kami tidak tahu bagaimana cara nya untuk ke pusat bandar kuala lumpur.akhir nya, kami ambil teksi ke pasar seni.
begini lah rupa paras tiket komuter

kalau dahulu, saya agak gerun untuk membeli tiket komuter, contoh nya jika di stesen seremban, dari simpang ke pekan rasah lagi saya akan rasa berdebar-debar, rasa macam nak buang air besar semata-mata nak beli tiket komuter. tapi tidak lagi kini, beli tiket komuter sebenar nya sesuatu yang amat mudah dan ringkas. semudah ABC. lagi-lagi, dalam masa beberapa minggu lepas saya sudah tahu bagaimana cara nya membeli tiket mengguna kan mesin yang macam peti mayat tu. cara nya begini,
- tekan butang destinasi, contoh nya seorang pelajar bertudung labuh akan menekan butang stesen Labu kerana di situ terletak nya SMAP Labu, manakala seorang pelajar UKM akan menekan butang destinasi Mid Valley kerana mereka selalu beli sabun mandi di sana. kalau saya, saya tekan butang Seremban.
- pilih jenis tiket, sama ada anda ingin sehala atau tiket pergi balik, atau pun anda mahu pergi tapi tak nak balik pun tak mengapa.
- lihat berapa nilai yang perlu dibayar, contoh nya dari Mid Valley ke UKM harga nya RM 3.20. seelok nya masukkan jumlah yang tepat kerana jika tidak duit anda akan dipulang kan dengan duit-duit besi yang boleh membocor kan poket seluar.
- ambil tiket di dalam ruang yang disedia kan, hanya tiket dan wang baki sahaja yang akan keluar. tiada air mineral percuma kerana negara kita belum sampai tahap negara berkebajikan.
jadi, selepas ini harap beli lah tiket komuter di mesin. terima kasih.
4 retorik berapi-api:
hoho..teringat mase aku mule2 pakai ktm dulu..
kenangna pahit masa naik ktm..tahun lepas..phone aku kena pick pocket doie..
ktm lembab. byk indon. opps..
uiks palo lame x nmpak >_<
Catat Ulasan