semasa di tingkatan tiga (2005), bilik-bilik asrama (dorm) akan selalu berkumandang dengan lagu-lagu daripada sebuah kumpulan muzik terkenal "system of a down". seingat saya itu alunan muzik paling berpengaruh dan lekat di ingatan masing-masing selain alunan muzik "techno" semasa di tingkatan lima sehingga lah tertubuh nya LEO Bass Agent (LBA). siap jual baju lagi.
semasa itu, lagu system of a down hanya jadi siulan sahaja selain menjadi peneman ulang kaji sempena PMR. kita mungkin hanya tersedar lagu-lagu oleh serj tankian ini mempunyai makna hanya di permukaan sahaja, sedangkan ia nya lebih daripada itu.
antara lagu yang mengandungi makna-makna besar yang boleh dijadikan subjek untuk dikaji dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang hakikat sebenar nya ialah hypnotize (tiananmen square/dataran tiananmen berkenaan revolusi oleh ramai pelajar dan intelektual, ia juga menemukan kita dengan Tank Man), BYOB (laungan kebebasan, persoalan tindakan presiden, isu minyak yang menjadi isu seluruh dunia), I-E-A-I-A-I-O (membentuk pelbagai perkataan seperti idealisation, liberalization, illegalization, juga tentang deklarasi kemerdekaan amerika daripada inggeris pada 1776).
apa yang pasti, jangan hanya menilai sesuatu daripada apa yang kita nampak sahaja. jangan menilai orang jahat sebagai bakal penghuni neraka tetapi jadikan nya sebagai jalan untuk kita menuju syurga dengan cara membetul kan mereka semampu nya. lagu-lagu SOAD bukan hanya sekadar pernyataan seperti dalam lirik cigaro yang menyatakan bahawa kemaluann nya lebih besar daripada seorang rakan nya yang lain malahan kemaluan nya boleh pula berjalan melepasi pintu. karut.
sekian.
Rujukan:
6 retorik berapi-api:
haha! zaman2 kegilaan
tp aq ske yg nie
:)
"jangan menilai orang jahat sebagai bakal penghuni neraka tetapi jadikan nya sebagai jalan untuk kita menuju syurga dengan cara membetul kan mereka semampu nya"
1. how i wish i could understand every verse they sing out :)
2. and our local bands too sudah mula mebuat lagu-lagu berunsur sastera dan sinis terhadap tampuk pemerintahan.
ouh lagu SOAD sgt besh...
setiap lirik ade makne...
mmg xpnh jemu dgr...
haha..LBA??lawak lak dgr tu.
ak sokong nuex..quote tuh bess
teringat kat zabir haha
cigaro tu, actually pasal smoking,
cube interpret tgk, aku pn tataw interpretation aku btol ke x, tapi dier ckp smoking x ok, tapi org rase smoking ni cool, lebih kurang gitu kot, >.<"
Catat Ulasan