12 Januari 2010

"tak malu!"...mana ada tak malu, tak malu tak pakai baju


mengapakah manusia berpakaian? jawapan yang selalu diberikan ialah
  1. menutup aurat (jawapan daripada seorang ahli badan pelajar islam mahupun dia seorang naqib atau pun naqibah bagi program usrah)
  2. melindungi anggota badan daripada cuaca terutama nya kesejukan (jawapan pak cik santa yang berpakaian tebal sempena musim krismas yang dingin, tetapi mengapa pak cik santa di pasar raya Malaysia pun memakai pakaian tebal? sedangkan pak cik santa berada di malaysia)
  3. menggambar kan budaya dan asal-usul sesebuah masyarakat (contoh nya orang melayu bersongkok, yang bersongkok itu melayu, tapi jika ada dua orang melayu, seorang bersongkok manakala seorang lagi berkopiah, maka yang bersongkok itu UMNO manakala yang berkopiah itu PAS. yang memakai baju fred perry itu pula skinhead, yang memakai baju batik MIM itu pelajar UiTM, budak-budak yang memakai baju band di pekan seremban itu peminat Kodai Sopan)
  4. untuk memberikan perbedaan antara satu dengan yang lain (lelaki akan berpakaian seperti lelaki contohnya berkemeja dan berseluar khakis manakala perempuan akan berpakaian blaus dan berskirt)
  5. untuk menggambarkan kesatuan/keseragaman (pro mahasiswa akan berpakaian ungu di UKM, mereka yang berjiwa rock akan berpakaian hitam, pelajar kerja sosial di fakulti sains sosial akan berbaju korporat merah putih pada hari khamis)

ada yang membeli dengan harga yang mahal dan memakai pakaian yang cantik dan menarik untuk kelihatan cantik dan menarik seperti pakaian itu juga.

apakah keperluan nya untuk kelihatan cantik dan menarik? adakah dengan memakai baju yang mewah dan elegan boleh menaikkan selera orang lain kepada orang yang memakainya?cantik kah?antara lelaki dan perempuan, mana satukah yang lebih afdal dirujuk sebagai cantik?

amat perlu untuk kelihatan cantik dan menarik kerana ia akan menaikkan "pasaran" seseorang, dia akan dilihat, lebih diberikan fokus berbanding orang lain, contohnya, ketat boleh dianggap menarik kerana orang akan tertarik, bayang kan seorang pelajar fakulti sains gunaan UiTM berbaju kurung, makna nya tidak ketat, manakala seorang pelajar undang-undang berpakaian hitam putih ketat, maka, yang berpakaian lebih ketat lah yang akan diperhatikan oleh pelajar fakulti kejuruteraan di Dataran Cendikia. berbanding dengan baju kurung kain "cotton", baju hitam putih nampak lebih elegan dan sedap mata memandang. tidak hairanlah mengapa ada yang ingin keluar berpacaran dengan pelajar fakulti undang-undang. antara lelaki dan perempuan, bagi saya tentulah perempuan yang lebih layak digelar cantik. apakah yang tercantik bagi seorang perempuan? bagi saya, dalam keadaan tanpa seurat benanglah paling cantik bagi seorang perempuan. jadi, berpakaian cantik dan menarik seolah-olah sesuatu yang tidak mengikut falsafah kecantikan yang sebenarnya. apa perlu nya lagi berpakaian cantik jika berbogel itu sebenar nya lah yang paling cantik.

ketika ke sebuah pasar raya gergasi tempoh hari, rakan saya bersabda, "dah tak tau dah mana satu cina, melayu, semua sama je". dia merujuk kepada cara berpakaian muda-mudi zaman sekarang, cara berpakaian gaya politik baharu, pasca pilihan raya ke-12. betapa dalam kebanjiran manusia itu, sebenarnya sangat sukar untuk membuat generalisasi yang mana melayu, cina dan india berdasar kan cara berpakaian. seolah-olah telah wujud masyarakat tanpa kelas. kelas berpakaian.

ada tiga kategori utama yang dapat saya perhatikan untuk perempuan sebab saya tengok perempuan lebih daripada lelaki.

  1. berpakaian baju ketat dan legging atau jeans ketat
  2. berseluar jeans, berbaju ala-ala ketat warna menarik mata dan tudung ala-ala fesyen yuna (wekk!)
  3. berbaju kurung dan bertudung

untuk lelaki, semuanya berjeans dan berbaju kolar bulat atau pun berkolar, lain sedikit pun akan berseluar slack atau khakis dan berkemeja.

akhir kata, "pakaian melambangkan keperibadian dan profesionalisme". orang kata, saya tak percaya.

4 retorik berapi-api:

Aira berkata...

oh, ada satu lagi kategori..
perempuan bertudung pakai baju baby-T nampak ketiak ngn legging nampak lurah.. wow!!

sekian, terima kasih.

redplasticbag berkata...

tapi ada orang kata jangan judge a people by pakaian mereka.kata mereka lain luaran lain dalaman.kononya nak cakap lah tak semestinya pakai seluar ketat ialah jahat.jadi macam mana ya?

Julia & V berkata...

alala comey nye die post psl baju2 :P

[nur.atiqah.zayadi] berkata...

emm btul2. kdg2 pakaian pun xmlambangkan ape2. pakai cm sopan, tp prangai nauzubillahh,..ade gk yg kurang sopan, tp baik ngn manusia lain, n wat ibadat harian. ayouyooo pning2.hahahh.