
angin tidak memeluk pesan,
kekasih tidak menghulurkan tangan,
aku kering dibakar rindu-
rindu bertahun tidak berlagu.
(A.Samad Said, Fashion, 14 November 1954)
perasaan rindu yang tergambar ini bisa sahaja lahir daripada rasa hati seorang yang dilamun cinta. apakah cinta? mengapa kah bercinta?
cinta ialah perasaan. perasaan sayang yang mendalam terhadap sesuatu. boleh jadi seseorang. untuk itu, boleh jadi seseorang tiba-tiba sahaja, sedang basuh baju tiba-tiba jatuh cinta, maka ter absah lah rasa cinta nya.
juga boleh jadi perasaan ini terbina perlahan-lahan. ia memakan masa, umur dan keringat membuat kan dia rasa sangat mabuk cinta akan seseorang. untuk itu, percayalah pada 4 baris kalimat ini.
dari mana punai melayang,
dari sawah turun ke padi,
dari mana datang nya sayang,
dari mata turun ke hati.
berhabis sejumlah wang ringgit untuk satu tempoh masa yang tidak munasabah boleh terkena kepada sang pencinta yang mabuk dalam bahtera cinta ciptaan sendiri. ratusan ringgit untuk talian prabayar, tidak termasuk lagi kos berpacaran dan berpeleseran entah ke mana.
sucikah cinta?
apakah suci? bersih, tiada kotoran, jika sehelai kain putih, terpalit sedikit lumpur pun dianggap sudah hilang kesucian nya. apakah dia cinta suci? lahir daripada hati yang ikhlas. mungkin. sanggup kah mencintai seseorang kerana benar-benar ikhlas. memilih yang cantik-cantik sahaja, adakah ikhlas? memilih yang sedaerah dengan kita sahaja, adakah ikhlas? ikhlas satu subjek yang memerintah sesuatu anggota untuk bertindak dengan penuh kejujuran. boleh jadi juga mencalar kan hati dan perasaan orang lain. menyusah kan manusia lain bukan kebaikan. ikhlas tidak sesekali mencetus kan keburukan.
tanam pinang rapat-rapat,
biar senang puyuh berlari,
kupinang-pinang tak dapat-dapat,
kupujuk-pujuk kubawa lari.
di manakah tempat nya untuk dapat kan cinta yang suci?
adakah di hadapan masjid jamek bandar raya? adakah di hadapan surau kl sentral? adakah di hadapan chinese assembly hall? adakah di hadapan kuil khantaswamy, kuala pilah? adakah di hadapan smk ave maria convent ipoh? adakah di kaunter tol plus simpang pulai? adakah di dunkin donuts, terminal one seremban? adakah di pusat internet dan komputer hi info, taman cempaka? adakah di dalam "dining hall"? adakah "store" radioactive, mid valley? adakah di hentian bas panchor jaya? adakah dalam perjalanan dari seputeh ke mid valley?
bercinta lah seperti laila dan majnun, romeo dan juliet, uda dan dara, isabella dan ferdinand dari aragon.
telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang. Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.
(Dharmawijaya, Gurindam Alam, 1994)
cinta adakah pada manusia sahaja?
tidak.
cinta pada agama bisa sahaja membuat seorang lebai tua mengajar di madrasah tua, cinta pada bangsa bisa sahaja buat seorang patriot mengangkat senjata, cinta pada negara bisa sahaja berarak di tengah panas di dataran merdeka, cinta pada bahasa bisa sahaja terusung keranda 152, cinta pada keluarga bisa sahaja setiap hujung minggu balik sampai ibu di rumah pun tak terkata, cinta pada usia bisa sahaja apa yang terliur di leher tapi tak dirasa, cinta akan bijaksana?? hadir tutor prof.saliha. hahaha.
tetapi, dalam sibuk mencintai, adakah kita dicintai dan diri sendiri dicintai?
3 retorik berapi-api:
atas dasar kasih dan sayang?
pegi mid jom!
ak rasa post kau kali jiwang .
wah.x sangka.
Catat Ulasan