sebenar nya tak ada beza pun umur 19 tahun atau pun 20 tahun. semalam dengan hari ni sama, tak ada yang lain. hari ni 3 januari. rasa macam down pun ada juga. dah tak ada angka 1 di hadapan. sekarang dah jadi 2. apa beza nya? mungkin gambar-gambar ni boleh mencerita kan perbezaan. yang terpampang ialah daripada segi fizikal.
gambar mengandungi banyak memori. boleh membawa kita untuk bernostalgia. ini antara nya.
ini gambar masa awal 2 tahun rasa nya. pembungkus plastik keropok yang saya pegang tu keropok bawang. gambar ni diambil di rumah moyang saya. semasa tu, atuk saya akan bawa saya menaiki motosikal ke rumah moyang saya selepas solat asar. ada onyang (ada 2 orang, kedua-dua nya perempuan), tok long, wan long, tok uda, juga tiga orang sepupu saya, dan semesti nya lah atuk saya. mereka selalu berbual-bual di pangkin rumah onyang saya. tapi, sekarang hampir semua nya sudah tiada, yang ada hanya atuk dan salah seorang daripada tiga orang sepupu saya.
ini gambar saya dan sepupu saya. sebelah rumah sahaja. kami bermain sejak kecil hingga sekarang. tapi, sekarang tak lah bermain sembunyi-sembunyi dalam tandas macam dahulu. sepupu saya ini akan berkonvokesyen di UiTM awal tahun ini.
ini pertama kali saya ke kuala lumpur atas tujuan merayau-rayau.
gambar semasa tingkatan lima, ini gambar untuk majalah Perintis, majalah tahunan sekolah.sesuatu yang saya rasa kan antara dahulu dan sekarang ialah siapa yang berada di sekeliling kita, yang berada dalam hidup kita ini sekian.
6 retorik berapi-api:
haha. gambar sekolah tu nmpk nerd sgt. kan kacak rambut pendek?
gambar ngan isham tu ko amek bile?
happy birthday. sorry la lambat wish. aku busy. haha
dah 20 tahun dah kita ni.
gamba kau time skola kachak habis
kachaknya palo..wakaka...
kuar ke kuala lumpur atas tujuan merayau-merayau..hahaha..kecik2 da pandai merayau
Catat Ulasan