21 Februari 2010

tuk mancun

islam bukan hanya dalam PAS.
melayu bukan hanya dalam UMNO.
cina bukan hanya dalam MCA.
india bukan hanya dalam MIC.
demokrasi bukan hanya dalam DAP.
keadilan untuk rakyat bukan hanya dalam PKR.
rakyat bukan hanya dalam Pakatan Rakyat.
yang terkini bukan hanya dalam Berita Terkini mahupun Malaysiakini.

tertarik dengan pendapat yang menyatakan,

"di dunia ini hanya ada 3 jenis manusia, orang baik, orang jahat dan orang gila"

orang islam ada orang baik ada orang jahat. dalam bangsa yahudi ada yang jahat ada juga yang baik. bahagia sungguh jadi orang gila.

tempat saya ramai orang gila. ada yang masih hidup, ada juga yang terlebih dahulu meninggalkan kita. salah seorang yang tak siuman pada suatu masa dahulu di tempat saya ialah Tuk Mancun. saya hanya dengar cerita sahaja. ada telinga dengar maka saya dengar.


bila mendengar nama Tuk Mancun saya bayangkan dia seorang yang cun. siap pakai gincu merah seperti di atas. dia sangat masyhur, lebih terkenal berbanding Nubhan walaupun dia juga orang Kuala Pilah yang dikomersialkan. itu pun kalau mereka hidup pada zaman yang sama. antara kata-kata Tuk Mancun sebelum dia meninggal dunia,

"atuk tak takut mati, atuk dah sedia dah semua tu". orang yang dikatakan gila pun bersedia untuk mati. anda bila lagi?

2 retorik berapi-api:

- abdul hadi abdul muti - berkata...

ko pulak dah ready??
ma rabbuka??

muhammad rahimi bin hasan berkata...

AL FATIHAH

SHAH NOUR BIN MAT ANI (1990-2010)
STARIAN 2003 2007

SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN PARA SOLEH

AMIN