02 Februari 2010

untuk bacaan mereka yang kritikal sahaja, pengarang risalah DETIK masa PRK UKM boleh juga baca tapi dengan bimbingan yang lebih dewasa

8 x 8 jawapannya 64.
boleh jadi siti sifir sekarang dah jadi dekan kat Fakulti Sains & Teknologi (FST). tapi tak mungkin, umur dia paling-paling pun baru 23 atau 24. ikut logik tak mungkin dia jadi dekan. mungkin dia ada dalam tahun akhir ijazah sarjana muda sains aktuari kat pusat sains dan matematik. hari-hari je makan kat pusanika. lepas tu pergi beli-belah turun naik satu bangunan, mentang-mentang sekarang ada ''sale'' kat pusanika. kain baju, tudung, kerongsang, crocs, mp3, mp4, MPP, semua ada.
falsampah GILA-GILA. profesor serba tahu.
boleh jadi profesor serba tahu dalam majalah humor nasional, GILA-GILA dah jadi dekan Fakulti Pengajian Islam. tak sesuai! paling mungkin pun dia jadi ketua di Jabatan Usuluddin dan Falsafah. mesti hari-hari makan pengat pisang kat kafe canselori. lepas duduk berborak berfalsafah dengan mak cik yang jaga kaunter Jabatan Bendahari. hari-hari datang awal ''parking'' kereta kat ATMA. DK1FPI. bosan-bosan pergi tengok-tengok buku depan DK1FPI. bosan lagi sikit lepak je la kat Ameer Ali.
kalau tak silap, Keluang man tu nama sebenar dia Burhan kan?
dia duduk kat Hospital Pesakit Mental, Tampoi, Johor. ada masalah otak. tapi jadi adiwira kartun malaysia. agak nya dia "researcher" dari Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia. kemungkinan dia hari-hari turun naik bukit kolej Burhanuddin Helmi. dia burhan, dia duk kolej Burhan ke? mesti selalu makan nasi ayam sup longkang. tapi, hari tu dah sedap dah, agak nya hari tu nak jimat belanja untuk PRK.

2 retorik berapi-api:

wacana kurit berkata...

kritis..=)

Tanpa Nama berkata...

huh..hebat2..cayalahh!!